Thursday, 27 August 2015

School in Cloud

Video Review: School in Cloud
-Sugata Mitra-


Latar Belakang Sekolah  ‘Cloud’
Konsep sekolah 'cloud' diusulkan oleh Profesor Sugata Mitra dalam persidangan TED Global di Edinburgh, Scotland. Prof Sugata Mitra sudah berjaya mendapat dana sejumlah US$1juta, untuk digunakan bagi mewujudkan sekolah 'cloud' yang dirancang. Sebagai langkah awal dia merancang untuk mendirikan lima buah sekolah cloud, iaitu tiga di India dan dua di England.
Sekolah cloud pada dasarnya adalah sekolah tanpa guru. Ia diperlukan kerana di kebanyakan tempat masalah kekurangan guru atau kualitti guru yang rendah sering timbul.  Sekolah yang dibangunkan oleh Prof Mitra ini akan amat berbeza dengan sekolah konvensional di mana  sekolah ini disediakan dengan beberapa komputer dan satu layar lebar yang  membolehkan moderator/guru  memberi arahan kepada para pelajar berdasarkan aplikasi Skype. Menurut beliau meskipun ada moderator/ guru semasa proses pembelajaran, namun para pelajar secara umum mampu menguruskan sendiri pembelajaran dan interaksi mereka.
Moderator / guru terdiri daripada golongan pesara. Sebarang aktiviti pembelajaran disampaikan oleh moderator dari England akan berhubung dengan pelajar di India menggunakan aplikasi Skype. Faktor galakan dan sokongan adalah sangat penting di dalam proses pembelajaran sepertimana yang ditekankan oleh Prof Mitra, Komputer yang diberikan itu tidak dilengkapi dengan manual. Jadi para pelajar perlu meneroka sendiri dan ini semua bergantung kepada keupayaan mereka dalam kemahiran ICT

Cabaran-cabaran atau isu Sekolah ‘Cloud’ di Malaysia.

 Pendekatan “school in the cloud” merupakan satu medium yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajran di Malaysia setaraf dengan negara maju seiring keperluan pendidikkan abad ke 21.

Pelajar pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamnya peningkatan kos hidup dan kesempitan masa. Mereka sering dibebankan dengan  tugasan daripada guru dimana memerlukan banyak perbelanjaan seperti kertas, alat tulis dan bahan rujukan. Dengan pengenalan konsep “School in the Clould” pastinya dapat memberi berita gembira kepada pelajar dari segi keharmonian perbelanjaan mereka apabila tiada lagi peruntukan yang besar dibekalkan bagi memperoleh bahan mentah bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebarang bentuk penilaian dan perkongsian pengetahuan antara guru dengan pelajar dapat dilakukan tanpa kertas hanya berteraskan perkongsian pengetahuan di maya.

Namun, ini bukannya isu yang sebenar. Konsep “School in the Cloud” secara asasnya mampu menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih terbuka. Setiap pelajar mempunyai peluang dan akses yang sama dalam mendapatkan pengetahuan daripada pendidik. Setiap individu dinamakan pelajar mampu mengakses pendidikan di serata tempat tanpa melibatkan formaliti yang sangat rigid. Melalui konsep ini, mana-mana pelajar di Malaysia yang mempunyai potensi yang luas adalah bebas untuk mengembangkan bakat masing-masing secara fleksibel. Apa yang mereka perlukan hanyalah keazaman serta peluang proses pengajaran dan pembelajaran yang bebas tanpa had umur dan  limitasi terhadap pembelajaran dalam bilik darjah yang formal.

Namun begitu perlaksanaan konsep ini mempunyai kekangan untuk dilaksanakan di Malaysia secara menyeluruh. Situasi di Malaysia dilihat mempunyai jurang pendidikan yang luas melibatkan pelajar bandar, pelajar luar bandar dan pedalaman. Jika konsep “School in the Cloud” di Malaysia, pelaksanaannya perlu dilakukan secara berperingkat iaitu dengan membetulkan minda rakyat Malaysia agar bercirikan minda kelas pertama. Pelajar perlu dididik terlebih dahulu dari segi penerapan nilai murni dalam pembelajaran agar lebih berdikari di dalam mendapatkan pengetahuan tanpa secara totalnya bergantung kepada guru. Jika perkara ini dapat diatasi, pastinya pendekatan konsep “Scholl in the Cloud” dapat diimplementasikan dengan lebih efisien di Malaysia.

Selain itu penambahbaikan dari segi infrastrustur ICT di seluruh Malaysia perlu ditingkatkan. Ini adalah kerana jika ada sesetengah tempat yang tidak mempunyai capaian internet maka konsep “School in the Cloud’ tidak dapat diaplikasikan. Kos-kos pelaksanaan konsep ini akan rugi kerana walaupun ada peralatan dan kemudahan tetapi sumber utama iaitu internet tidak dapat dicapai.  

Tetapi, jika tiada pemantauan tentang pelaksanaan sistem ini, mungkin konsep pembelajaran “School in the Cloud” ini tidak akan tercapai dengan sempurna. Pihak yang berwajib perlu meningkatkan pemantauan penggunaan ICT di Malaysia kerana seperti yang kita maklum, tahap vendalisme di Malaysia agak tinggi. Oleh itu, jika kita menempatkan peralatan ICT tanpa pemantauan, kemungkinan peralatan tersebut akan dirosakkan. Perkara ini boleh membebankan negara kerana peralatan rosak bukan kerana digunakan tetapi dimusnahkan dengan sengaja.
Tambahan pula, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa transformasi dan perubahan. Seperti yang sedia maklum, sistem pendidikan sekarang telah memasuki fasa pelan pembangunan yang baharu iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Induk Malaysia (PPPIM). Konsep pelan ini telah memberi penekanan daripada konsep 3M kepada 4M yang memfokuskan konsep penaakulan dan kemahiran berbahasa. Memandangkan konsep 1 Malaysia yang melibatkan beberapa kaum yang menjadikan Malaysia sebagai satu bangsa baharu, maka pelajar sekolah perlu diberi pengetahuan dan ilmu tentang kepelbagaian kaum dan adat di Malaysia ini.   

No comments:

Post a Comment